Monday, December 20, 2010

Antara perjuangan dan pengorbanan

Anak Bod : woit anak Dhobi , mana ada perjuangan yang patah.
Anak Dhobi : memang la x patah tapi perjuangan ini sering sahaja dilumpuhkan.
Anak Bod : ala anak Dhobi, ko macam x biasa lak kena tindas.         
Anak Dhobi : biasa tu memang la biasa tapi aku takut penindasan ni membuatkan impian aku
          membuah jadi dendam kesumat.


Sekalung perhargaan yang x berapa nak berharga sangat la anak dhobi tujukan pada anak Bod, rakan sefalsampah anak Dhobi... terima kasih gak la kat mamat ni, pasai dia, berkobar-kobar anak Dhobi nak berjuang walaupun perjuangan anak Dhobi ni x sentiasa manis, pahit belaka sentiasa. Dalam perjuangan ni pun anak Dhobi da x tahu apa yang nak dikorban kan ag. Tak kan la boxer sendiri pun nak jadi korban... keh3.... sewel da anak Dhobi sekarang ni...
                Meh sini anak Dhobi ceritakan pada semua apa yang sudah terlerai dalam hidup anak Dhobi sebelum ni. Cerita dia begini, anak Dhobi sangat hormat pada pegangan sesiapa pun, lebih2 lagi pegangan kaum tua. Tapi perlu la diingatkan di sini, kita pun ada kaum muda gak. Generasi akan datang perlu dicanai lebih baik daripada pencapaian generasi la nie.... betul x tawan2?? He..he..he.. anak Dhobi akur yang kaum tua ini sudah berpengalaman dalam arus kehidupan mereka merencana masa depan yang pernah diidamkan sebelum ni. Namun begitu, anak Dhobi nak pertegaskan kat sini, keagresifan anak muda dalam mencanang masa depan mereka yang lebih dipercayai menguntungkan generasi akan datang seharusnya disokong dan bukannya dikritik tanpa sebarang pembaikan iteleksi ideal. Hal ini bakal merugikan kedua-dua belah pihak. Anak Dhobi bukan sahaja mahu untuk jadi anak muda yang baik, malahan nak menjadi anak muda yang berguna pada agama, bangsa, dan negara. Kalau anak Dhobi nak jadi anak muda yang baik, anak Dhobi hanya ikut telunjuk sistem yang sudah terencana. Kalau anak Dhobi nak jadi anak muda yang berguna, anak Dhobi akan ikut sistem sedia ada yang baik pada perlaksanaannya dan mengkritik serta menambahbaik setiap kecacatan yang ada dalam sistem tersebut. Kerana apa?? Ha.... itu yang kita x tahu.... ha..ha..ha.. Bukan la... sebenarnya, kedua-dua situasi ini akan menemui keputusan yang berbeza selepas selesai dilaksanankan. Akan tetapi kedua-duanya bakal terukir menjadi sejarah bagi generasi akan datang untuk mengkaji setiap bait kejayaan dan kegagalan generasi sekarang dan generasi sebelum ini. Apa la yang anak Dhobi merepek ni.... he..he..he..
                Anak Dhobi ni suka “perjuangan yang indah”. Ha..ha..ha.. perjuangan ni best sikit , banyak cabaran dan pengorbanannya. Antara perjuangan dan pengorbanan, sekarang ni anak Dhobi memilih untuk jadi korban yang tahu serta mahir untuk berjuang, walaupun anak Dhobi tahu raya korban lambat ag.. keh3... amat sukar bagi mereka yang tiada “cable besar punya” untuk masuk universiti bertaraf dunia, sedangkan sudah pun melepasi tahap kelayakannya untuk bergelar mahasiswa dalam universiti tersebut. Sabar itu separuh daripada iman, ha.... lagi separuh tu berusaha la kalau nak iman full.... woit anak Bod, dikesempatan ni , bak mai anak Dhobi nak habaq kat hang, memang tiada perjuangan yang patah , tapi sejauh mana ukuran hang yang nak katakan perjuangan tu patah... bagi anak Dhobi, selagi bumi dikandung tanah, jasad x dimamah, hidup masih bermaruah, selagi itu anak Dhobi mara terus dengan berhemah mencari formula terbaik kehidupan generasi yang berakhlak dengan hikmah...

Tuesday, December 7, 2010

Mahasiswa

Salam perutusan agung anak Dhobi sampaikan pada seluruh isi insan yang sudi nak baca FALSAMPAH baru tulisan anak Dhobi ni.... Senang cerita, salam sejahtera pada semua.. ha..ha..ha.. Malas nak merepek panjang lebar kali ni.. Hanya ingin berkongsi sedikit kemaslahatan buah fikiran pergaulan inteleksi antara manusia agung ciptaan tuhan.. 
Anak Dhobi tertarik dengan usaha murni seorang insan ini , merungkai sejarah bagi memangkin semangat baharu menyedarkan satu komuniti penting (golongan mahasiswa) dalam komposisi masyarakat kita yang sudah lama dikongkong dan dibiarkan untuk tidak berdikari dalam pemikiran. Dipendekkan cerita, " Deyh mahasiswa... bangun la.. tidur ka semua ? blajar dalam universiti, tapi suasana x pernah sedikit pun berubah macam blajar kat sekolah.." MAHASISWA itu apa yea? Haaaaa......... itu yang kita tak tahu.. keh3... Bak mai sini kita reramai bersama anak Dhobi cuba sekolahkan kembali... Kalau anda semua ikut ilustrasi dalam kamus yang Gergasi Berobesiti buat, mereka akan tafsirkan Mahasiswa ini adalah golongan yang jadi pelajar kat dalam sistem universiti... pendekkan ? anak Dhobi rasa budak sekolah tadika pun boleh tafsirkan macam tu.... ha..ha..ha.. Sebenarnya rakan-rakan pembaca, ungkapan ini perlu dirungkai dengan baik sekali.. Golongan mahasiswa suatu ketika dulu suci.
“Mahasiswa” suatu entiti masyarakat yang terdiri daripada golongan intelektual. Ungkapan siswa mewakilkan intelektual barisan lelaki, sebutan siswi itu menghadirkan kaum wanita bagi memenuhi barisan entiti unggul ini. Suku kata “Maha”dalam “Mahasiswa” itu sendiri sudah cukup untuk mentafsirkan dengan kemas akan perihal berkuasanya mahasiswa itu dalam komuniti masyarakat majmuk. Kita golongan intelektual yang istimewa. Namun apakah benar hari ini kita masih dianggap istimewa? ,sedangkan kita diperlakukan dan dididik seperti anak kecil dibangku sekolah.Bolehkah kita ini tergolong dalam kumpulan mereka yang terpelajar berilmu tinggi? , sedangkan semua bicara ilmu serta hak berakademik kita masih lagi diletakkan limitasi yang sudah tidak relevan lagi buat ketika ini. Kita mengejar arus kemajuan dengan cara menyekat hak asasi mereka yang berilmu ini. Adakah ini akan menjurus kepada pertumbuhan ekonomi negara yang sihat?
            Saudara-saudaraku seluruh isi Negara yang bernaung dibawah nama Mahasiswa, tidak pernahkah terlintas walau sedikit pun perasaan malu dalam diri kita tika mana maruah kita dipijak kita masih lagi berpeluk tubuh dengan segak. Sudah hadir saat darjat kita dinodai, kita masih lagi duduk bergoyang kaki. Dimanakah perginya sifat berani? Disimpan dalam kocek? Atau dibuang nun jauh ke dalam perigi? 30 tahun sudah berlalu,Program Elit Pembodohan Kematangan Mahasiswa yang dirangka dan dilaksana Berjaya. Tahniah kepada mereka, berteriakan gembira mereka semua. Ha..ha..ha.. sudah duduk senang tanpa diduga. Selesa kesemuanya. Hasilnya , lambakan graduan menganggur  yang semuanya berpunca daripada program ini.
            “CUKUP” marilah kita laungkan bersama-sama. Ianya sebagai titik mula usaha menyelamatkan saudara-saudara mahasiswa yang lain daripada zaman pembodohan mahasiswa ini.Hari ini tercipta kerana sejarah yang terukir sebelum ini.Pernahkah kita singkap dahulunya mahasiswa pernah punyai kerajaan sendiri, punyai kuasa mentadbir perihal kebajikan sendiri?. Pernahkah kita ungkap akan zaman silam kita yang suatu masa dahulunya seluruh isi rakyat Malaysia itu sendiri menagih pertolongan mahasiswa bagi suarakan hak mereka tika mana suara mereka samar sekali didengari kuasa pemerintah pilihan mereka sendiri?. Kita , anak muda Mahasiswa semua pada awal kebangkitan, bergerak bersama dibawah satu panji Students’ Union  namanya. Dengan kemas pentadbirannya dikemudi National Union of Malaysian Students (NUMS). Jika dulu, NUMS pernah bawakan pada kita jalanan perjuangan indah yang mantap, maka hari ini siapa yang akan jadi harapan anak pertiwi andai bukan kita, bangsa mahasiswa. Hal ini kerana NUMS sudah mati pada amnya namun bukan pada semangat perjuangannya.Semangat dan roh perjuangan kuasa mahasiswa tetap kekal sehingga kini walau NUMS sudah ditakdirkan pergi. Semangat dan roh perjuangan mahasiswa yang bertempiaran dalam seluruh isi Negara ini perlu disatukan kembali untuk memancing kembali sinar perjuangan murni rakyat bumi bertuah ini. Persoalannya dimana ingin kita satukan semua? Himpunan tanda tanya ini akan bakal terjawab pada satu wadah perjuangan kita semua dalam Perhimpunan Mahasiswa Negara (PMN). Sudah tiba masanya kita warisi sejarah perjuangan kita sendiri, perjuangan kuasa Mahasiswa Negara. Ayuh semua bersama beraksi.