“ Why do u feel that the entire weight of the world is on your delicate shoulder? Who are u? What's the point of praying to god when don't no how to value the life he has given? ”
Anak dhobi buat sutera bidadari
Bersemayam kata pujangga atas satu suara hati yang diseru.
Dalam bait kata hatiku, aku rukunkan tiada bicara yang menipu.
Keranaku tahu, ini bukan suatu perkara yang boleh berlagu ragu dalam kehidupanku. Berani ku tampilkan rasa hatiku yang sekian lama beradu pilu, atas dugaan yang sering menunggu bagi menguji kesabaranku dan ujian kasih ku pada dia teman yang ku rindu.
Dalam kasih mekar berbunga sayang… ada jua tumbuh duri yang nyilu. Aku hambaMU yang hanya mampu berdoa memohon bimbinglah aku dalam setiap saat yang dikurnia. Untuk terus tabah menjaga amanah memiliki dan menjaga kasih hati sutera bidadari.
Aku yang hadir disisi sutera bidadari itu tidak berhasrat membiarkan setiap ketikanya mengalirkan air mata kerana kehadiranku dalam kamus hidup.
Namun, tidak pula aku berhasrat utk sekadar menjadi tin kosong sahaja membiarkan insan lain yang menyayangi dia. Mendengar keluhan masalah dan menghadirkan sinar ketenangan dalam diri sutera bidadari.
Aku hanya berimpian untuk sebaik mungkin menjalankan tanggungjawab sebagai kasih yang paling dekat dengan diri dia yang bernama sutera bidadari itu.
Ringkasnya kerana dialah diriku dan sebahagian cintaKU padaMU…
SUTERA BIDADARI….
JANGANLAH BERSEDIH HATI LAGI KERANA ALLAH S.W.T SENTIASA BERSAMAMU….
당신을 사랑합니다