Tuesday, August 31, 2010

Situasi itu PENGHUKUM ???


Saudara dan saudari seantero isi institusi bertuah ini... saya sampaikan pada semua... salam perkhabaran mulia dan lagi baik bahagianya, "Assalamualaikum dan salam sejahtera"... Terpanggil sekali lagi anak DHOBI hari ini untuk sampaikan satu perkongsian perihal situasi itu sendiri sifatnya sebagai PENGHUKUM... Dalam kehidupan ini, tiada suatu pihak pun yang kedudukannya berada pada tempat yang salah dan ketika yang tidak menemui ketepatannya.. Anak muda, jangan kita hanya fikirkan diri kita sahaja dalam masa yang sama mengetepikan serta mengasingkan kebaikan dan pengorbanan insan lain yang pada hakikatnya terperangkap dengan situasi... Insan ini sudah banyak berjasa pada agamanya, bangsanya, dan anak didiknya... Jangan disebabkan kebencian yang memupuk dalam diri kita terhadap keputusan MUET sebagai syarat kemasukan program BLS menjadi asas keputusan kita untuk tidak bersama melibatkan diri pada program PERTEMUAN BERSAMA DEKAN yang akan berlangsung pada jam 9 pagi, tarikh tercatit 1 September 2010, bertempat di LKPIM... Memang bagi kita tiada keadilan.. Akan tetapi cuba fikirkan kembali, jika benar tiada keadilan, telah dibukakan pintu-pintu untuk kalian bersuara pada esok hari.. hadirlah bersama semangat dan persoalan untuk melunaskan usaha anak muda semua berjuang mendapatkan hak diterima masuk ke program BLS.. Carilah seberapa banyak alibi dan kayu penyebab mengapa perlunya institusi pengajian undang2 ini menerima kalian semua... Bagi yang menyokong MEMORANDUM itu, jgn tidak dihadirkan diri pula.. jangan hanya tunjukkan lagak pada helaian kertas sahaja, malah cuba buktikan pendirian kita dihadapan mereka yang memegang tampuk kepimpinan berkuasa.... MARILAH... MARI...
sambut bersama usaha ini... jalan demokrasi berdiskusi bersama sudah diberi.. terima kasih pada insan yang bernama SAUDARI Shatrah Hamid Alkhered kerana berusaha sediakan platform untuk anak didiknya menyuarakan hak dan isi hati mereka.. pada mereka si anak didik semua tolonglah hargai susah payah insan ini dengan turut hadir pada tarikh yang berkenaan... JIKA BENAR INGIN LAUNGKAN PERIHAL KEADILAN... ANAK DHOBI DISINI cabar untuk semua yang terlibat (asasi undang-undang fasa 3)2010 untuk HADIR......

Monday, August 30, 2010

Falsampah Sulung Anak DHOBI

Bangsa itu keperibadian kita... Jati diri itu terasnya.... Adapun MALAYA
itu sudah mekar dengan satu konsep bangsa MALAYSIA... Namun demikian sudah, isi bangsa itu lebih utama... Keutamaan diletakkan pada teratak buruk pemikiran, perlakuan, dan penerimaan perubahan ke arah pembentukan keperibadiaan mulia isi bangsa itu... Andai buruk penerimaannya, maka jangan berpujangga hebat melunaskan kata-kata yang pada zahirnya kebebasan ini milik kita.... "Hamba dambakan pada sekalian isi MELAKA akan bahawasanya tak akan MELAYU hamba hilang di perluasan tanah dunia" kata-kata Hang Tuah yang tidak tahu keaslian kewujudannya yang hanya menghantui perjuangan pembentukan suatu bangsa itu... Rangkaian perkataan itu merangkumi pengkhususan ertinya bahawa tiada lagi diamalkan keperibadian hina manusia secara berleluasanya andai kira bangsa itu ingin memerdekakan isi bangsa mereka......
Perlu diambil kira yang MALAYA itu memang lahirnya pada keaslian MELAKA itu, tapi harus diletakkan penegasan yang MALAYA ini bukannya datang dari satu sudut tamadun sahaja.. Tetapi barangkali lahir dari himpunan adat budaya pertembungan seantero dunia tika manusia itu rancak memperdagangkan hasil isi dunia yang menguntungkan... Pertemuan adat ini bukan permulaan kitaran pembentukan bangsa...
Namamu Malaya mengingatkan aku pada perjuangan anak-anak didikan mereka yang mengenali dengan baik makna demokrasi itu... Anak muda berani hari ini diperguna untuk
memantapkan ideologi busuk dan basi mereka yang bergelar GERGASI BEROBESITI... Mereka berjuang dengan jalan dan nama PENGARUH... Maka kesimpulannya hilanglah sudah erti demokrasi terpimpin itu... Pimpinan bagaimana??? Minda yang subur dengan erti demokrasi seharusnya bersifat neutral dalam pencarian laluan perjuangan itu sendiri...
Anak DHOBI hari ini mengucapkan Selamat Ulangtahun MALAYA yang ke 53... Anakmu MALAYSIA masih lagi bertatih mencari sinar cahaya menggapai satu petanda yang di kaitkan dengan maksudnya MERDEKA...KEBEBASAN...dalam berpelembagaan... Satu instrumen baru penjajahan mereka Si AYAH yang bergelar BARAT
.... Wassallam......