Tuesday, August 31, 2010

Situasi itu PENGHUKUM ???


Saudara dan saudari seantero isi institusi bertuah ini... saya sampaikan pada semua... salam perkhabaran mulia dan lagi baik bahagianya, "Assalamualaikum dan salam sejahtera"... Terpanggil sekali lagi anak DHOBI hari ini untuk sampaikan satu perkongsian perihal situasi itu sendiri sifatnya sebagai PENGHUKUM... Dalam kehidupan ini, tiada suatu pihak pun yang kedudukannya berada pada tempat yang salah dan ketika yang tidak menemui ketepatannya.. Anak muda, jangan kita hanya fikirkan diri kita sahaja dalam masa yang sama mengetepikan serta mengasingkan kebaikan dan pengorbanan insan lain yang pada hakikatnya terperangkap dengan situasi... Insan ini sudah banyak berjasa pada agamanya, bangsanya, dan anak didiknya... Jangan disebabkan kebencian yang memupuk dalam diri kita terhadap keputusan MUET sebagai syarat kemasukan program BLS menjadi asas keputusan kita untuk tidak bersama melibatkan diri pada program PERTEMUAN BERSAMA DEKAN yang akan berlangsung pada jam 9 pagi, tarikh tercatit 1 September 2010, bertempat di LKPIM... Memang bagi kita tiada keadilan.. Akan tetapi cuba fikirkan kembali, jika benar tiada keadilan, telah dibukakan pintu-pintu untuk kalian bersuara pada esok hari.. hadirlah bersama semangat dan persoalan untuk melunaskan usaha anak muda semua berjuang mendapatkan hak diterima masuk ke program BLS.. Carilah seberapa banyak alibi dan kayu penyebab mengapa perlunya institusi pengajian undang2 ini menerima kalian semua... Bagi yang menyokong MEMORANDUM itu, jgn tidak dihadirkan diri pula.. jangan hanya tunjukkan lagak pada helaian kertas sahaja, malah cuba buktikan pendirian kita dihadapan mereka yang memegang tampuk kepimpinan berkuasa.... MARILAH... MARI...
sambut bersama usaha ini... jalan demokrasi berdiskusi bersama sudah diberi.. terima kasih pada insan yang bernama SAUDARI Shatrah Hamid Alkhered kerana berusaha sediakan platform untuk anak didiknya menyuarakan hak dan isi hati mereka.. pada mereka si anak didik semua tolonglah hargai susah payah insan ini dengan turut hadir pada tarikh yang berkenaan... JIKA BENAR INGIN LAUNGKAN PERIHAL KEADILAN... ANAK DHOBI DISINI cabar untuk semua yang terlibat (asasi undang-undang fasa 3)2010 untuk HADIR......

No comments:

Post a Comment