Monday, March 21, 2011

Perutusan perkhabaran mulia, nukilan terputiknya bicara mengusik jiwa, yang sedang leka dengan hanyutan arus kehidupan semasa. Assalamualaikum salam sampingannya bersama sejahtera dijamu sebagai pemanis persuratan ini buat saudara / saudari.
           
         Sudah lama kiranya terkubur diri Anak Dhobi dalam dunia penulisan fantasi ini. Namun begitu, terpanggil sekali lagi ruhi untuk mengukir bait bicara seindah wajah dan pekerti budi pembacanya. Anak Dhobi kini jiwanya bermadah kegemuruhan,mengira dan menghitung detik ketika masa penantian yang menjadi pertanyaan kehidupan masa depan seorang insan dan teman-teman.
            
           Kepada insan teristimewa dalam diri Anak Dhobi, Anak Dhobi sentiasa mohon barakah kebaikan dariNYA serta berdoa agar segala perencanaan untuk insan ini sangatlah baik keputusannya. Sudah menjadi lumrah masyarakat madani dimomokkan dengan kegagalan peroleh kecemerlangan dalam peperiksaan, terutamanya SPM. Akan tetapi, perlu ada akidah dibentuk dalam diri yang upayanya mendefinasikan dengan kemas bahawasanya apa sahaja yang dipohon oleh kita sebagai hambaNYA akan termakbul juga dalam pemberianNYA. Bukan semuanya yang datang kita terima adalah baik segalanya yang kita mahukan, kerana ia akan hadir dalam satu pakej yang dirasakan olehNYA adalah terbaik bagi kita buat masa dan ketika yang singgah tiba. Lalu Anak Dhobi nukilkan satu kalam puisi puitis buat insan teristimewa ini....
                                                     
Dalam jauh sebuah perjalanan,
punyai hanya satu tujuan,
penuh kepastian,
menyeluruh rencana kebaikan,
usah gentar untuk sebuah penantian,
belum terukir akan keburukan,
maka bergembiralah untuk,
kehidupan yang diimpikan,
jangan terlalu takutkan akan penerimaan,
untuk satu keputusan,
kerana karma menjanjikan,
semuanya dicerita baik tersangat indah kepada hambaNYA..

                                                     

No comments:

Post a Comment